Wednesday, February 11, 2009

Siapa Beradab,Siapa Khianat?

FEB 11 — Perak kini berada di dalam kemelut perlembagaan. Media massa yang dikuasai Barisan Nasional sudah dikerahkan untuk memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan rakyat dalam perang propaganda. Pertama, dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan insiden lompat ini dahulu. Kedua, Pakatan Rakyat dikatakan khianat terhadap DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Sememangnya Anwar telah memulakan jemputan kepada wakil-wakil rakyat BN untuk menyertai Pakatan bagi peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. Tetapi jemputan Anwar ini dibuat dari awal, secara terbuka.
Malangnya, kali ini tindakan rampasan kuasa BN pimpinan Dato’ Seri Najib Razak diselubungi tipu daya, ancaman dan rasuah. Mula-mula, Dato’ Zainal Abidin Zin, mantan Timbalan Menteri Pertahanan mengakui membawa seorang pemimpin Keadilan Perak berjumpa Najib sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008. Pemimpin tersebut mendakwa Najib menawarkan wang RM50 juta untuk mendapatkan beberapa wakil rakyat sekaligus menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Selepas itu, YB Osman Jailu dan YB Jamaluddin Osman ditekan dengan pertuduhan rasuah ketika menjadi exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Kemudian, mereka hilang tanpa diketahui semua. Mereka mendakwa mereka cuti sakit, tetapi isteri mereka pun tidak tahu ke mana mereka pergi.
Kini, apakah status pertuduhan rasuah Osman dan Jamaluddin? Dahulu BN bermati-matian menuduh mereka bersalah, tetapi kini wujud dilema: jika mereka didapati tidak bersalah, rakyat akan menganggap itu sebahagian dari perjanjian untuk menyokong kerajaan BN. Jika bersalah dan dihukum, mereka boleh kehilangan kerusi mereka, dan lebih parah lagi, BN akan dianggap sanggup menerima sesiapa sahaja untuk mendapatkan kuasa mereka.
Anwar turut menulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memanggil sidang khas bagi membuat undi tidak percaya kepada kerajaan dalam dewan. Tawaran Anwar juga dibuat dengan tekad untuk membubarkan Parlimen selepas peralihan kuasa agar tindakan itu mendapat mandat rakyat. Tindakan Anwar penuh adab kepada keluhuran perlembagaan dan prinsip demokrasi.
Namun, BN yang sebelum ini berhasrat menggubal undang-undang lompat parti kini diam membisu tentang mendapat mandat rakyat. Dewan Undangan Negeri sebagai institusi legislatif negeri dibelakangkan. Apatah lagi apabila Speaker DUN telah pun memutuskan Osman dan Jamaluddin meletak jawatan. BN boleh mempertikaikan hakikat tersebut, tetapi mereka hendaklah ambil tindakan mahkamah memandangkan Speaker sudah pun membuat keputusan.
Pandangan peribadi saya, tindakan menukar parti bagi seorang wakil rakyat seiring dengan prinsip kebebasan berpersatuan dalam perlembagaan. Pilihan ini membolehkan wakil rakyat mempunyai kuasa ketika berhadapan dengan kuasa eksekutif dan pimpinan parti. Tetapi mereka seharusnya berani berhadapan dengan penilaian rakyat yang boleh mengukur sama ada tindakan mereka dibuat di atas prinsip atau tidak. Tindakan mereka juga hendaklah bebas dari sebarang tekanan, ugutan mahupun habuan.
Tentang persoalan kedua, tindakan ghairah Najib lah yang mahukan peralihan kuasa dibuat dengan apa jua cara yang telah mencemarkan kemuliaan institusi raja berperlembagaan di negara kita. Sekiranya Najib sanggup menggunakan tindakan beradab dengan meminta pembubaran DUN atau persidangan khas DUN seperti Anwar, institusi raja tidak akan terheret di dalam kontroversi ini. Tetapi beliau terlalu ghairah setelah gagal bertarung di dalam gelanggang pilihan raya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Khairy Jamaluddin pula cuba mengapi-apikan sentimen kononnya Pakatan khianat. Sebelum Mac 2008, Khairy cuba memakai topeng Ultra Melayu agar meraih sokongan. Tetapi selepas 8 Mac yang mana keangkuhan beliau turut dikatakan penyebab kehilangan sokongan BN, beliau berubah watak sehingga kelihatan pandangannya umpama pimpinan Pakatan. Tetapi sekali lagi dalam usaha mendapat sorakan orang ramai, beliau kecundang, memilih jalan pintas.
Pada Mac tahun lepas, penyokong parti mana yang mengibarkan kain rentang memanggil DYMM Sultan Terengganu “natang” (binatang)? Melayu hari ini tidak mudah lupa. Jelas, siapa beradab dan siapa khianat.
Najib menyatakan beliau bukan memulakan peristiwa lompat-melompat. Tetapi Najiblah yang memulakannya secara khianat dan tidak beradab. Pakatan menganjurkan peralihan kuasa, Najib memulakan rampasan kuasa.

NIK NAZMI NIK AHMAD merupakan ADUN Seri Setia, Selangor dan turut menjawat Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor serta Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Beliau menulis blog di www.niknazmi.com.

Monday, February 9, 2009

LUAHAN PENYOKONG UMNO TENTANG KRISIS PERAK

Luahan 1 ( Dipetik daripada webblog penyokong UMNO)

Saya ingin merakamkan perasaan terkilan saya tentang apa yang berlaku pada masa ini di Perak. Sebagai seorang anak Perak dan juga penyokong UMNO saya berpendapat parti UMNO juga tidak boleh lari dari hakikat bahawa kita juga bersalah dalam hal ini. Disebabkan desakan politik, kita telah mempertaruhkan maruah dan kredibiliti kita apabila kita bersekongkol dengan pak lompat dari PKR yang kita tahu tidak menunjukkan nilai dan ciri yang kita nobatkan kepada pemimpin-pemimpin kita. Masa berkempen dahulu kita beriya-iya memperjelaskan kepada masyarakat betapa bersungguhnya barisan kepimpinan parti dalam memperbaharui UMNO supaya cekap, bersih dan amanah melalui Islam Hadhari. Saya tahu alasan yang diberikan ialah mereka yang lompat dari PKR tidak menyertai UMNO, tapi timbul pula persoalan kenapa bersekongkol dengan mereka yang sendirinya mengaku telah melakukan zina. Saudara Jebat mungkin tidak berapa peka dalam hal ini, maklumlah duduk dibandar besar perkara sebegini mungkin perkara biasa tapi kami yang duduk dikampung perkara seperti ini perlu diperjelaskan kepada masyarakat. Sebagai parti yang cuba menegakkan syiar Islam agak janggal untuk kita perjelaskan apa yang telah kita lakukan. Rakan seangkatan berkata terima saja, ini namanya RealPolitik. Saya kurang arif tentang RealPolitik tapi ianya bermaksud menjual maruah agama, tidak keterlaluan jika saya kata, ini politik ala Yahudi. Dan kita sendiri tahu apa yang dijanjikan oleh Allah kepada Yahudi laknatullah.
Apakah ini yang dinamakan dilemma kemenangan? Saya gembira kita dapat semula berkuasa tapi terasa dukacita jika inilah satunya cara untuk berkuasa.
Saya hanya ahli biasa, mungkin luahan saya ini akan diperlekehkan. Tak mengapa, Allah saja yang mengadili, kita semua hanya hambanya. Mohon maaf jika menulis dalam Bahasa Melayu, bahasa yang dikotak-katikkan oleh bangsa sendiri.

Luahan 2 ( Dipetik dari webblog penyokong UMNO)

Ramai disini secara terang menyalahkan Pakatan dan penyokongnya. Saya akui perbuatan penyokong Pakatan dilihat amat pelik dan huru-hara bermula Jumaat lalu. Tetapi dalam sehari dua yang lepas penyokong kerajaan Barisan juga dilihat turun ke jalanan untuk menunjuk perasaan. Penyokong Pakatan menunjuk perasaan dengan laungan bubarkan DUN dan penyokong kerajaan Barisan dengan Daulat Tuanku. Sama sahaja mereka turun ke jalanan untuk menunjuk perasaan, cuma bezanya satu pihak agresif dan satu pihak lagi tidak. Tetapi hakikatnya kedua-dua pihak kini mempunyai penyokong mereka dijalanan menunjuk perasaan. Dengan kata lain demonstrasi. Ini semua menurut saya, Najiblah puncanya. Memilih untuk berbeda kerana tercetusnya huru dan hara ini adalah disebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Perak secara paksaan melalui pintu belakang. Secara tegasnya idea ini cuma terkandung dalam retorik Anwar, tetapi malangnya dicedok dan diamalkan oleh Najib. Persoalan saya cuma kenapa perlu tergesa menerima pelompat dan tergesa juga untuk mengambil alih kuasa di Perak? Barisan masih bermandat penuh di Perseketuan, dengan kuasa yang ada buatlah kerja agar rakyat lima negeri ini dapat dipujuk semula. Kenapa tidak sabar? Jika ada pun pelompat yang menyatakan sokongan ikhlas, lakukan sahaja di sidang DUN yang sahihlah MB Pakatan akan terlucut. Penyokong kedua pihak adalah rakyat, bermakna sekarang rakyat juga bertelagah sesama sendiri. Maka, dimana kebaikannya untuk rakyat di Perak seluruhnya jika Barisan mengambil alih sesegera begini. Benar kata JMD, rakyat ada pilihan untuk tidak membaling batu atau untuk tidak berdemo, tetapi pemimpin juga ada pilihan untuk memilih apa yang terbaik untuk rakyat mereka. Apakah kini rakyat Perak sudah dapat yang terbaik melalui pilihan yang dibuat pemimpin UMNO/BN terutama Najib? Kita bakal tahu tidak lama lagi melalui keputusan PRK parlimen Bukit Gantang.

Semangat Jebat Hadir Tanpa Diduga

Salam..Media arus perdanatermasuk ahbarnya yang menbuat fitnah dan provoksi melampaui batas tanpa memikirkan akibatnya sanggup dikuda oleh Gorombolan yang terdesak semakin Hebat, pintar menfitnah, licik, meperompak, penipu, menbuat jenayah, menbunuh Demokrasi dan menbelakangi undang2 budaya timur.Kepada DYMM Sultan2, raja2 melayu dan Yang Dipertua. Sejak 1998 lagi (bahkan sebelum itu pun lagi ) sampai le ke sekarang ni apa kah sumbangan, perlindungan, keadilan yang sudah diambil oleh 9 raja2 Melayu ini keatas nasib orang2 Melayu? Bagitahu, apa yang mereka dah buat sebagai pelindung Agama. Apa yang nampak hanya lah setakat mengistharkan tarikh mula puasa, hari raya dan memberi darjah kebesaran (bersepah-sepah bagi award,,mungkin dah jadi world record kut.) spt Tan Sri, Dato Seri, Dato..etc, mengalah kan Great Britian (lord, duke, sir etc).Ironi nya Negara dan Negeri hanya sekangkang kera, rakyatnya hanya 27 juta orang (termasuk imigran) Raja sampai 9 orang..ditambah dengan Yang DiPertua lagaknya lebih dari Raja tapi orang Melayu bertambah teruk*(sungguh hairan, SIAM hanya ada satu raja tapi dapat menyelasai masaalah politik Thailand dan sentiasa mengutama kan rakyat lebih daripada mana2 ahli politik. Sebab itu rakyat nya menghormati beliau).
Belambak anak2 Melayu jadi murtad, murahnya maruah anak perempuan Melayu kalah kan pelacur (pegile check kat youtube) dan anak2 lelaki melayu lebih ramai yang jadi separuh jantan dan separuh perempuan,,, lembik, lembab, layu and lazy macam pondan tak ada tulang belakang. Soalan nya kenapa tiap2 kali ada masalah orang2 Melayu masih LAGI mencari raja2 Melayu YANG JELAS2 LEMBIK ,KAKU, BISU DAN LAYU yang tidak ambil pusing dan peduli pun keatas rakyat nya. Tapi orang Melayu masih tak nampak2 usaha yang sia2 ini.Maafkan Saya jika kata2 ini salah dan melampau, kerana semangat Jebat ini hadir tanpa diundang.

(Petikan daripada sebuah blog suara rakyat)

Saturday, February 7, 2009

SURATKHABAR PUTAR BELIT KENYATAAN MUFTI PERAK

MUFTI PERAK TIDAK PERNAH MENYATAKAN BAHAWA DARJAT SULTAN DAN ORANG LAIN ADALAH BERBEZA TETAPI SURATKHABAR MENGATAKAN BAHAWA MUFTI BERKATA BAHAWA DALAM ISLAM DARJAT SULTAN DAN RAKYAT BERBEZA DI SISI ALLAH DAN ISLAM.

MUFTI PERAK TIDAK PERNAHPUN KATA BAHAWA KITA WAJIB MENTAATI RAJA YANG TIDAK ADIL DAN TIDAK MENGIKUT SYARAK, MUFTI PERAK KATA KITA WAJIB MENTAATI SULTAN DAN RAJA SELAGI MEREKA ADIL DAN MENGIKUT SYARAK

APAKAH SULTAN PERAK ADIL??? OHHHH TIDAKKKK
BINI, ANAK MENANTU DIAPUN TAK IKUT SYARAK DAN RAMBUT BERMAHARAJALELA

OHHH TIDAK!!!! ORG MCM INI KE LAYAK JADI KETUA AGAMA ISLAM??????? ANAK AKU YANG UMUR 3 BULANPUN DAH TAHU DAN SELESA BERTUDUNG...

Kere jaan Baru Barisan Najis@Najib (BN)

Perak Dirampas Barisan Najib@Najis (BN) 1. Lepas ni. Raja akan dapat kontrek dari BN buat kaum kerabatnya. Teruslah kaya sekaya2nya.2. Rakyat tahu sebab rakyat ambil tahu..peduli. Ini ciri-ciri rakyat prihatin dan bijak. Adakah Raja Perak tak suka rakyatnya bijak? atau Raja suke rakyat negerinya bodoh2? Jika raja BN pastilah mahukan rakyatnya bodoh2 belaka. Raja suka rakyatnya sembah dia membuta tuli.Suapaya senang kelentong.3. Rakyat tak suke Rajanya..satu kesalahkah? Kalau tak suke atau benci..kena tangkapkah? masuk ISA? masuk neraka? Apakah rakyat wajib sayang pd Rajanya? Wajib 'sayang'? sembah? rakyat tak pernah lahir dari celah kelengkan Raja..4. Sultan tak boleh kena saman? kebal undang2? Sultan tu nabi ke?5. Hakim buat apa keputusan pun mesti betul ke? hakim maksum ke? So Raja konkek betina pun halal lah ye?6. Kenapa mesti hormat Sultan yg tak hormat rakyat? hormat lawannya hormat..biadap maka jawabnya biadap la. Jgn marah kalau rakyat kurang ajar. Sultan yg ajar.7.Buat sultan dan suku sakatnya. Kalau nak kontrek..daftarlah jd kontraktor kelas F ke J ke O ke..lepas tu kalau nak tender bole aply sama2 dgn rakyat..beratur kat kaunter dgn kita org..baru la adil. Inilah keadilan..kalau ini tak adil..namanya apa? Sultan sure xle jawab.8. Jika rakyat mahu Republik Malaya..sultan2 bole start buat resume la mintak kerja. jangan marah yeee...kalau betul Raja berjiwa rakyat..kenala usaha dan kerja macam rakyat. Ada fhm? Ni bukan zaman melayu bangang..9. Tiada apa yg lebih besar di dunia ini melainkan keadilan buat semua..keadilan buat sultan masuk senarai akhir. Bole blah. Bila hujan..payung sultan hanya utk dia. So..simpan la payung2 bongok ni..jgn guna la slogan2 angkat raja..raja xpernah nak ucap terima kasih pd rakyat atas kuasa dan makan yang kita beri..pernah? NOL.10. Ucapan buat raja perak...jika rakyat tak mahukan ko.KO jadilah Raja kepada Najib dan BN sahaja. Rakyat hanya perlukan keadilan dari TUhan maha Esa. hahahaha.


BIARKAN UMNO SIMPAN 2 ADUN TAK BERMARUAH ITU.. NAJIB DAN UMNO SUDAH TIDAK BERMARUAH DAN HINA, MENUBUHKAN KERAJAAN PERAK DENGAN CARA YANG JIJIK DENGAN MENERIMA 2 ADUN YANG DIPERTUDUHKAN DENGAN TUDUHAN RASUAH DAN SEDEKAH SEX. INIKAH PEMIMPIN YANG MELAYU MAHU JADI PM? LIHATLAH ANAK TERUNA DIA YANG JAHIL IMAN DAN ASYIK MEMELUK WANITA ASING....NAJIB, ANDAI KAMU BERI AKU 1000JUTA SEKALIPUN, AKU TIDAK AKAN MENGIKUT KAMU KERANA DUIT YANG HARAM UMPAMA SAMPAH DAN NAJIS YANG SEBESAR KUMANPUN TIDAK AKAN SELAMATKAN KAMU DI DUNIA DAN AKHIRAT. NAMUN ORANG UMNO DAN POLITIKUS YANG JAHIL IMAN DAN TAMADUN, MENGANGGAP WANG ADALAH SEGALANYA. KAMU SEMUA AKAN MAMPUS DI DUNIA INI, MASUK KUBUR DAN TAHULAH KAMU NANTI UNTUNG NASIB KAMU ATAS APA YANG TELAH KAMU BUAT DI DUNIA INI.

Tuesday, January 13, 2009

SIAPA BONEKA AMERIKA SEBENARNYA?

SEMALAM DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN PAKATAN RAKYAT SEBULAT SUARA MENCABAR KERAJAAN MALAYSIA AGAR MENGUSIR DUTA AMERIKA DI MALAYSIA. TAPI TENGOKLAH BETAPA PENGECUT DAN BACULNYA KERAJAAN MALAYSIA KERANA SEHINGGA SEKARANG MASIH TIDAK BERANI BERBUAT DEMIKIAN, BETAPA LEMAHNYA KERAJAAN MALAYSIA, SETAKAT MENGHANTAR SURAT BANTAHAN KE AMERIKA?? SETAKAT HANTAR SURAT SAMA ADA BETUL ATAU TIDAK, SEMUA AGENSI BOLEH HANTAR SURAT. KERAJAAN MALAYSIA LANGSUNG TIDAK MEMBAWA ASPIRASI RAKYAT BERAGAMA ISLAM DI MALAYSIA YANG MAHU KERAJAAN MALAYSIA MEMBUAT TINDAKAN KERAS PADA AMERIKA. TINDAKAN MENGUSIR DUTA AMERIKA ADALAH PALING TEPAT, CONTOHILAH VENEZUELA YANG SUDAH LAMA MENGUSIR DUTA ISRAEL. SEMUA SUDAH TAHU AMERIKA DAN ISRAEL 2 KALI 5.

MENGAPA KERAJAAN MALAYSIA BEGITU PENAKUT ATAU BACUL SANGAT?? TAKUT BINI MASING2 TAK DAPAT LAGI SHOPPING SAKAN DI LOS ANGELES KER??

KAMI SUDAH LAMA TAHU SIAPA SEBENARNYA BONEKA AMERIKA. SELAMA INI ASYIK SIBUK MEMFITNAH ANWAR TAPI HARI INI TUHAN SUDAH TUNJUK SIAPA SEBENARNYA BONEKA AMERIKA IAITU SI BACUL DAN PENAKUT YANG MEMERINTAH MALAYSIA SEKARANG. HAMID ALBAR PUN BAIK BUANGLA GELARAN SAYYID PADA NAMA ANDA, WAT MALU AJE TAK HABIS-HABIS CARI ISU TERDESK NAK FITNAH ORANG. KO MEMANG SYED CELUP DAN MEMALUKAN. INSAFLAH KALAU BENAR-BENAR KAMU TU SYED, KALAU TAK, TANGGUNGLAH DOSA BERGANDA KERANA KETURUNAN SYED MESTI MULIA HATINYA DAN KALAU BUAT DOSA, TANGGUNGLAH 2 KALI GANDA!

Monday, January 5, 2009

MASHITAH...KAMI SANGAT KECEWA

ALASAN DR MASHITAH MENGECEWAKAN

SURAT 1 : Sering dijaja kesana dan sini, Malaysia ialah sebuah Negara Islam. Berbuih mulut para pemimpin dan ulama Islam Hadhari mempertahankan bahawa Negara ini merupakan Negara Islam.
Ini merupakan satu pengakuan yang tidak lain hanya bertujuan untuk menyaingi dasar perjuangan PAS, yang kemudiannya mempunyai motif untuk mengembalikan sokongan orang Melayu Islam, agar berada semula di bawah ketiak Umno.
Apabila para pemimpin telah mencanangkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, maka sudah tentu para pemimpin tersebut perlu memastikan seluruh aspek kehidupan di Negara yang mereka perintah hendaklah berpandukan ajaran Islam. Percakapan hendaklah seiring dengan perbuatan.
Namun jawapan Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang isu sijil halal terhadap soalan seorang ahli Parlimen PAS baru-baru ini lebih banyak menimbulkan persoalan daripada memberikan jawapan.
Bayangkan dalam sebuah Negara yang pemimpinnya mengaku Negara yang mereka perintah ialah Negara Islam, hanya 18 buah hotel daripada 2,360 yang mempunyai sijil halal daripada Perbadanan Halal (TDC).
Malahan selepas diasak dan soalan baik oleh ahli parlimen pembangkang mahupun ahli parlimen pemerintah, Ustazah Mashitah mengambil sikap tidak sewajarnya dengan menjawab secara tidak bertanggungjawab.
"Bagi saya, hukumnya adalah senang iaitu kalau masyarakat umum mendapati makanan di hotel tidak halal maka kita jangan makan di sana".
Jawapan seperti di atas bukanlah satu jawapan yang bijak daripada seorang ahli agama yang bijaksana. Mashitah perlu membezakan antara parlimen dengan tadika cap kemas.
Mashitah perlu ingat, makan di hotel berbeza dengan masuk makan di kedai bukan Islam yang jelas tidak halalnya. Bagi kedai makan bukan Islam, sememangnya jarang orang Islam yang tergerak hati mahu berkunjung kesana. Jika mereka pergi juga itu adalah pilihan mereka sendiri.
Namun situasinya berbeza dengan hotel. Sekarang ini sudah menjadi trend jabatan kerajaan mahupun swasta mengadakan kursus, seminar, persidangan dan acara-acara bersifat rasmi di hotel-hotel. Kakitangan kerajaan juga swasta selaku pihak yang menurut perintah apabila diarahkan pergi menghadiri acara rasmi tersebut wajib pergi menghadiri acara tersebut.
Pada kebiasaannya pihak jabatan akan menempah bilik dan makan secara pakej untuk para peserta. Maka disinilah ramai pihak yang terjerat dalam situasi begini.
Sudah tiba masanya bagi pihak kerajaan mencari jalan bagi mengatasi masalah ini. Sikap berlepas tangan sebagaimana yang dipamerkan oleh Mashitah ketika di Parlimen bukanlah satu tindakan yang bijak dan bertanggungjawab.
Alasan Mashitah betapa kerajaan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap hotel terbabit kerana tidak ada sebarang akta yang mewajibkan hotel mendapat sijil halal merupakan satu lagi jawapan yang sebenarnya menikam diri sendiri.
Jika Mashitah dan kementerian prihatin dan sensitive terhadap permasalahan ini, maka sewajarnya Mashitah berjanji aakan menguasahakan satu akta selepas ini bukannya dengan berdalih tidak ada akta.

p/s: Memang rasa nak sumpah sebagai tengkorak aje kononnya ini Negara Islam. HAH, betapa susahnya nak memartabatkan Islam inikan pula nak menjadi seorang pemimpin Islam yang berjaya. Itula, berebut sangat orang sekarang nak masuk politik dan jadi pemimpin, betapa berdosanya….. benda kecikpun tak boleh nak buat dan asyik beralasan aje. Kat akhirat tahulah balasannya setiap perut rakyatmu yang menelan benda haram.